pada suatu hari di sekolah , seorang murid bertanya pada gurunya yang kebetulan guru tersebut sedang mengajar tentang erti kasih sayang .
pelajar : ' cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang dalam hidup kita ? macam mana juga kasih sayang to akan berkekalan ? '
cikgu : ' okeh , kamu ikut apa yang cikgu katakan . kamu pergi ke padang dan berjalan di atas rumput sambil memandang ke arah rumput di hadapan kamu . pilih yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walau sekali . dah petik rumput yang PALING cantik , bawa ke kelas . '
apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tidak ada satu pun rumput ditangannya . lalu cikgu bertanya mengapa tiada satu pun rumput yang dipilih ?
pelajar : ' tadi masa saya jalan , saya carilah rumput yang PALING cantik . memang ada banyak tp cikgu kata pilih yang PALING cantik . jadi , saye teruskan berjalan sambil mencari rumput yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang . tapi , sampai hujung padang saya tak jumpa pun yang PALING cantik . mungkin ada diantara rumput-rumput tadi yang cantik . tapi cikgu kata jangan toleh kebelakang jadi saya teruskan mencari di hadapan . jadi , tiadalah rumput yang saya dapat . '
cikgu : ' ya , itulah jawapannya . maknanya , apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita benar-benar sayang , janganlah kita mencari yang lain yang lebih baik daripada itu . kita patut hargai seseorang yang berada di hadapan kita dengan sebaik-baiknya . janganlah kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku . semoga yang berlalu tidak akan sesekali berulang lagi . dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik . walaupun nak diikutkan masih banyak lagi yang PALING cantik seperti rumput-rumput tadi . '
No comments:
Post a Comment